Tuesday, 10 December 2013
Persatuan Keluarga Uda Menun, Pasir Salak
Galakkan Untuk Pelajar
HJ Kamarudin B. Uda Menun -11, Jalan Usaha, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak
Tel: 012 5108976 ; 05-3125855 Tarikh Lahir: 31 Nov. 1931
Saya telah Bersara daripada Jabatan Kerajaan Pada Tahun 1986 setelah berkhidmat selama 30 tahun.
Selepas Bersara, Saya telah melibatkan diri dalam badan-badan kebajikan dan sukarelawan.
Di samping itu, Saya berminat untuk hendak belajar dan mendalami pengajian agama islam. Kebetulan
ada suatu institusi Kolej Pengajian Tinggi Islam Insaniah di Ipoh menawarkan kursus pengajian Peringkat
Sijil. Ianya ade hubungan dengn Universiti Teknologi Malaysia dia Skudai, Johor.
Saya mendaftarkan diri untuk belajar di institusi tersebut pada tahu 2002 dan tamat pada 2003. Pada
Mulanya untuk menyambung dalam peringkat diploma, terpaksa berada di Universiti tersebut sepenuh masa.
Tetapi, Kemudian Kolej yang sama menawarkan Kursus Diploma di atas permintaan ramai di Kolej tersebut di
atas. Saya mula mengambil kursus diplma pengajian islam pada tahun 2004 dan tamat pada tahun 2007.
Kemudian saya mengambil LAN selama 6 bulan untuk mendapat pengiktirafan masuk university.
Saya seterusya mengalakkan anak-anak dan cucu dan kawan-kawan untuk belajar kerana ilmu pengetahuan banyak
manfaatnya. Ia boleh meningkatkan taraf pemikiran, lebih-lebih lagi dibidang agama untuk faedah dunia
dan akhirat. Belajarlah sepanjang hayat. Umur tiada halangnya. Sesuai dengn kata-kata
"Tuntut lah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat." Saya berasa tiada tua. Cuma umur sahaja
meningkat.Pada Januari tahun 2014 akan datang, saya akan mencapai umur 83 tahun. Saya berazam akan
menyambung pelajaran berkenaan disuatu masa nanti, Insyallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment