MENGENALI AHLI KELUARGA INDUK UDA MENUN OTMAN BIN UDA MENUN (1910-1969) Pada Edisi buletin keluarga kali ini, kita memperkenalkan dua orang daripada anak kepada Uda Menun bin Ngah Yop dan Fatimah binti Haji Ahmad iaitu Othman dan Ahmad. Othman bin Uda Menun dilahirkan pada tahun 1910 di Pasir Salak. Beliau merupakan anak yang ke empat daripada 11 orang adik beradik. Adik beradiknya yang lain dikenali sebagai Yeop Ibrahim, Pilus, Abdul Aziz, Aishah, Azraai, Abdul Rashid, Ahmad dan Kamarudin. Othman mula bersekolah di Pasir Salak. Setelah tamat persekolahan, Othman telah menceburi bidang perniagaan dan telah berjaya memiliki beberapa buah kedai runcit di Kampung Gajah dan di Teluk Intan dan juga kedai kasut di Kampung Gajah. Beliau mendirikan rumahtangga kali pertama dengan habsah binti Daud dan telah dikuniakan dengan 4 orang anak iaitu Zahariah, Zamhury , Abdul Halim dan Kamariah. Mereka tinggal di Pasir Salak dan Kampung Gajah selama beberapa tahun. Walaubagaimanapun, Hasbah telah meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada tahun 1949 semasa anak-anak mereka masih kecil. Setelah pemergian Habsah, Othamn kemudiannya telah mengahwini Rehan binti Abdulullah dan telah dikurniakan 8 orang anak iaitu Faridah, Zulkifli (telah meninggal dunia), Syafie (telah meninggal dunia semasa kecil). Mohd Radzi, Hashimah Rahana, Aminuddin dan Sharifuddin Othman Telah meninggal dunia pada tahun 1969 di teluk intan, perak dan jenazah beliau disemadikan di Tanah perkuburan Kampung Durian Sebatang, Teluk intan, tidak jauh daripada kediaman Puan Hajjah Rehan binti Abdullah di 877, Jalan Mak Intan, Teluk Intan Perak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haji Ahmad Bin Uda Menun (1928-1998)
Ahmad, Anak Uda Menun yang kelapan, di lahirkan di Pasir Salak, Perak, pada tahun 1923.
Pada 25 Oktober 1934, ketika umurnya 11 tahun beliau tamat pengajian di Sekolah Melayu Kerajaan
(Goverment Malay School), Pasir Salak
Ahmad Cenderung dalam bidang perniagaan walaupun tak sehebat abangnya Azrael. Beliau mendapat
bimbingan dan galakan daripada abang-abangnya terutama Azraai untuk meneruskan kerjayanya itu.
Semasa berniaga di kedai runcit di Bawah Bungor, kira-kira 300 meter di sebelah hulu Pasir Salak,
Azraai (U M Azraai & Co.) adalah salah satu daripada pembekal borong barang-barang perniagaanya
selain daripada beberapa pembekal cina di Teluk Intan (ketika itu Teluk Anson). Oleh kerana masalah
banjir yang kerap melanda Bawah Bungor dan kampung-kampung lain di tepi Sungai Perak, Ahmad
berhenti daripada berniiaga di Bawah Bungor dan berniaga kedai runcit di Kampung Raja Ahmad Hisham,
Teluk Intan pada tahun 1962. Selepas itu berniaga semua (kedai Runcit dan minuman) di Bawah Bungor sehingga tahun 1967. Ahmad kemudiannya berkerja mengurus kebun kelapa milik Azraai di ladang
Spany, Seberang Bagan Datoh, Sehingga Tahun 1978.
Perkahwinan dengn halimah binti Abdul Samad, yang berasal daripada Kampung Selat Pulau pada tahun 1946 telah menghasilakn 10 orang cahaya mata, 7 lelaki dan 3 perempuan iaitu Umar baki (jarma),
Zaman Huri (Hamid), Arifin, Baharuddin, Hassan (Latif), Ibrahim (Du), Hawariah (Ros), Saloma, Rohana
dan Mohd Rodzi (ijat)
Pada peringkat awal keluarga Ahmad tinggal di Pasir Salak, Pada tahun 1959 beliau sekeluarga berpindah
dan menetap di rumah sendiri di Kampung Selat Pulau, 600 meter ke hulu daripada Bawah Bungor. Pada
tahun 1985 Ahmad, Azraai dan kamarudin bersama-sama isteri masing-masing secara berkumpulan
menunaikan haji fardu ke Tanah Suci, Haji Ahmad meninggal dunia pada hari jumaat 5 Jun 1998 di rumahnya di Selat Pulau. Isterinya meninggal dunia pada hari Ahad, 5 Februari 2012 di
Kampung Seri Rata, Ipoh. Jenazah Hajah Halimah di kebumikan di sebelah pusara beliau di Selat Pulau.
Al-FATIHAH.
Hubungan kekeluargaan adik-beradik anak-anak Uda Menun sangat Akrab. Misalnya, Anak Ahmad yang ketiga, Arifin, dalam usia persekolahannya, pernh tinggal bersama keluarga Azraai selama 5 tahun di
Teluk Intan, iaitu daripada tahun 1961 hingga 1965. Hassan, Anak kelima, pernah menginap di rumah
Hajah Rehan (isteri Arwah Othman) di Durian Sebatang. Semasa bersekolah menengah di Teluk Intan. Dalam menghadapi banyak kekangn dan kekurangan Ahmad tetap gigih dan yakin bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan hidup, Ahmad ialah salah seorang pengasas Persatuan Keluarga Uda Menun Pasir Salak Perak (PKUMPS), satu insiatif yang pelopori anak-anak Uda Menun.
Ahmad dan Halimah bersama-sama Anak-anak (gambar 1975).
Berdiri di kiri; Baharuddin, Zaman Huri, Ariffin, Umar Baki, Hassan
dan Ibrahim, Hadapan Rohani, Saloma, Mohd Rodzi dan Hawariah
Gambar bersama anak dan cucu sempena Cuti Hari Raya Puasa (1994)
di halaman rumah di Kempung Selat Pulau, Pasir Salak, Perak.
No comments:
Post a Comment